Saturday, November 17, 2012


Bio Velocity Sleep Mate


Medan Tenaga Manusia
Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.
Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.
Tidur Yang Berkualiti
Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari.
Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.
BV Sleep Mate
Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate








Thursday, September 27, 2012

BBplus Kolagen


BB plus kolagen yang terhasil daripada bahan-bahan selamat seperti :
1.  5000mg kolagen ikan terhidrolisi (bagi penyerapan yang baik)
2.  ekstrak biji anggur
3.  Vitamin C Inulin
4.  Serbuk Jus Blackcurrant
5.  Serbuk Jus Roselle
6.  Serat Epal
7. Isomaltulos
8. Sukralos
Cara-cara pengambilan :
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Sebaiknya diambil sebelum makan atau sebelum tidur.



Harga utk 1 unit : RM 180.00 (WM) / RM 182.00 (EM) 
(1 unit = 20 paket)
Harga utk 4 unit : RM 720.00 (WM / RM 728.00 (EM)

Promosi utk tempoh terhad, pembelian 4 kotak BB Plus akan mendapat 1 kotak pil Maharani Tumbler.

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari



 
 


Saturday, September 24, 2011

Hymin Pro Racing Oil


Salam Sejahtera diucapkan kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia. Disini saya ingin memperkenalkan Hymin Pro Oil kepada anda. Hymin Pro Oil adalah minyak pelincir baru yang mempunyai banyak faedah. Sebelum mengatakan dengan lebih lanjut tentang faedahnya. Saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak tentang minyak Hymin kepada pembaca semua.

Hymin Pro Racing Oil 10W-50 SM/CI-4 diperkukuh dengan formula MAS iaitu Metal Treatment, Additive & Synthetic yang telah digubal dengan Modifier Geseran paling maju. Additive Superior & Synthetic melindungi enjin dari sejuk "geseran kering". Ia juga memberikan perlindungan suhu yang tinggi pada setiap masa dan melebihi standard paling sukar terhadap kerosakan haba. Rawatan logam

dalam M.A.S. formula adalah bahan kimia yang sangat istimewa & kompleks. Malah ianya menembusi ke dalam liang-liang mikro dan meninggalkan filem nipis molekul rawatan logam yang mampu bertahan 4 hingga 5 kali ganda geseran antara logam dengan logam yang lain. Minyak Hymin angat disyorkan untuk digunakan dalam gasolin (petrol) & enjin diesel.

Highly recommended untuk semua jenis enjin, seperti :
enjin suntikan bahan api, enjin tubo-caj, multi-injap enjin karburetor.



Aplikasi dan Faedah


1 - Mengurangkan kehausan 4 hingga 5 kali ganda berbanding minyak pelincir lain. Dengan itu, ianya dapat mengurangkan suhu operasi sesebuah enjin tersebut supaya enjin itu sejuk. Hymin juga memastikan enjin

lebih tahan lama / long life dan memberikan lebih kuasa ( tip top ).

2 - Memastikan enjin sentiasa lancar dan senyap. Terbukti untuk melindungi walaupun apabila minyak enjin telah disalirkan (tertakluk kepada teknikal pengawasan).

3 - Melindungi daripada hakisan dalaman enjin dan mengelakkan dari berkarat, Maka dengan itu enjin akan bersih dan berjalan dengan sempurna.


4 - Melebihi standard yang tertinggi AS untuk memakai pelindung enjin automotif.






Prestasi Standard API SL / CG
ACEA A2-96 # 2, A3-98, B2-98, B3-98, E2-96 # 2, MIL-L-2104D,VW 500/501/505,
BMW Minyak Khas, Mercedes-Benz 229,1,
Mercedes-Benz 228,1,

Porsche "All Seasons Engin Oil"


Next Generation Ultimate Performance Engine Oil

HYMIN PRO RACING OIL is an advanced high performance SYNTHETIC 10W/50 and SAE 20W-50 multi grade engine oil specially designed and formulated for high performance 2FT Technology.

Its advanced additives system ensure excellent control over soot induced wear, high temperature piston deposits, corrosion, foaming and superior oxidation stability. It also provide excellent resistance to bore polishing, a high level of wear protection and ensure superior engine cleanliness even when operated at extreme operating condition


Customer Benefit
  • Boost engine power and torque for better engine response and acceleration
  • Excellent fuel economy benefits especially for the SAE 10W-50 grade.
  • Ultimate engine wear protection at extreme driving conditions especially for the SAE 10W-50 grade to prolong engine life.
  • Exceptional engine cleanliness - protects against engine sludge and varnish deposits.
  • Resists viscosity and thermal breakdown even in the severest service for longer drain capability.
  • Excellent cold engine starting - minimize friction and wear at start-up.

Application Benefits
  • Formulated for protection during cold start, stop & go driving & when engine is hot. Reduces wear by 4 to 5 times as compared to other lubricants. Ensures longer engine life. Ensures tip-top engine performance & power.
  • Reduces operating temperature, as such engine is cooler.Ensures smoother & quieter engines. Proven to protects even when engine oil had been drained out (subjected to our technica- supervision) Protects against engine internal corrosion and rust. Keeps engines running clean & efficient..
  • Exceed the highest U.S. standards for automotive engine wear protection. Protects engines under severe driving conditions.
  • Eliminates the need for extra oil additives.
  • PERFORMANCE STANDARDS API SL/CG, ACEA A2-96#2, A3-98, B2-98, B3-98, E2-96#2, MIL-L-2104D,VW 500/501/505 , BMW Special Oil •Mercedes-Benz 229.1, Mercedes-Benz 228.1 •Porsche “All Seasons Engine Oil”.

PRODUCTS KNOWLEDGE

HYMIN PRO RACING OIL

ABOUT EOLCS

Engine Oil Licensing and Certification System (EOLCS)
API's Engine Oil Licensing and Certification System (EOLCS) is a voluntary licensing and certification program that authorizes engine oil marketers who meet specified requirements to use the API Engine Oil Quality Marks—the API Service Symbol "Donut" and Certification Mark "Starburst." This program is a cooperative effort between the oil industry and vehicle and engine manufacturers Ford, General Motors, and DaimlerChrysler; the Japan Automobile Manufacturers Association; and the Engine Manufacturers Association. Performance requirements, test methods, and limits are cooperatively established by vehicle and engine manufacturers, technical societies like the Society of Automotive Engineers (SAE) and the American Society for Testing and Materials (ASTM) and industry associations like the American Chemistry Council and API. Oils meeting these requirements are recommended by vehicle manufacturers.

The API Service Symbol
The API Service Symbol "Donut" is divided into three parts:
  • The top half describes the oil's performance level.
  • The center identifies the oil's viscosity.
  • The bottom half tells whether the oil has demonstrated energy-conserving properties in a standard test in comparison to a reference oil.



PERFORMANCE LEVELS

The top of the Donut shows the oil's performance level for gasoline and/or diesel engines. The letter "S" followed by another letter (for example, SL) refers to oil suitable for gasoline engines. The letter "C" followed by another letter and/or number (for example, CH-4) refers to oil suitable for diesel engines. These letters officially stand for "Service" and "Commercial." The current API performance categories that can appear in the top part of the Donut are listed in the API Service Category Chart.


SAE VISCOSITY GRADE

The center of the Donut shows the oil's SAE viscosity grade. Viscosity is a measure of an oil's flow characteristics, or thickness, at certain temperatures. The low-temperature viscosity (the first number, 5W in a 5W-30 oil) indicates how quickly an engine will crank in winter and how well the oil will flow to lubricate critical engine parts at low temperatures. The lower the number the more easily the engine will start in cold weather.The high-temperature viscosity (the second number, 30 in a 5W-30 oil) provides thickness, or body, for good lubrication at operating temperatures.A multigrade oil (for example, SAE 5W-30) provides good flow capability for cold weather but still retains thickness for high-temperature lubrication.A single grade oil (a single number in the center of the donut) is recommended for use under a much narrower set of temperature conditions than multigrade oils.Operators should refer to their owner's manuals to select the proper viscosity oil for the ambient temperature and operating conditions at which the equipment will be used.


ENERGY CONSERVING DESIGNATION

The bottom of the donut tells whether the oil has energy conserving properties when compared with a reference oil in an engine test. Oils labeled as "Energy Conserving" have passed this test. Widespread use of engine oils with this designation should result in an overall saving of fuel in the vehicle fleet as a whole, but a particular vehicle operator may not experience a fuel savings as a result of using these oils.


THE API CERTIFICATION MARK



The API Certification Mark "Starburst" is designed to identify engine oils recommended for a specific application (such as gasoline service). An oil may be licensed to display the Starburst only if the oil satisfies the most current requirements of the International Lubricant Standardization and Approval Committee (ILSAC) minimum performance standard for this application (currently GF-3 for passenger cars). Many automobile manufacturers recommend oils that carry the API Certification Mark.
video

Friday, September 23, 2011

Kelebihan Berjemaah


SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya, tubuh
badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Sewaktu solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu
mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

ADAB MENZIARAHI RUMAH JIRAN TETANGGA




Siapa kata kita boleh sesuka hati je gi redah dan masuk rumah orang? Semestinya termaktub perautan yang tersendiri..Dalam surah an-Nuur telah termaktub mengenai adab-adab apabila ingin menziarahi rumah seseorang. Saya pasti, sudah ramai yang tahu kita semestinya sebagai Muslim hendaklah memberi salam terlebih dahulu apabila tiba di hadapan rumah seseorang yang ingin dilawati/diziarahi.


Begitu juga dengan penggunaan loceng. Kini, banyak rumah yang menggunakan loceng bagi memudahkan tetamu kerana sesetengah rumah, jarak dari pagar ke rumah agak jauh. Maka oleh itu, loceng menjadi alat bantu untuk menghubungkan tetamu dan tuan rumah. Peraturan menggunakan loceng juga sama seperti memberi salam. Jika salam diberi sebanyak 3 kali dan tiada sebarang respon, maka pulanglah. Begitu juga dengan loceng. Jika loceng ditekan sebanyak 3 kali dan tiada sebarang respon, maka pulanglah.

Jika anda menziarahi rumah seseorang, pastikan anda tidak berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut. Kita hendaklah berada di sisi kanan atau kiri pintu tersebut. Ini adalah salah satu cara menghormati tuan rumah kerana berkemungkinan ketika tuan rumah menjenguk siapa yang berada di luar, tuan rumah dalam keadaan yang mengaibkan (mungkin tidak menutup aurat atau sebagainya). Bayangkan jika kita berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut, pasti tuan rumah atau kita sendiri yang malu. Ini juga untuk mengelakkan tuan rumah merasa rendah diri atau aib jika tetamu melihat rumahnya dalam keadaan bersepah-sepah atau tidak terurus. Selagi tuan rumah tidak memberi keizinan untuk masuk, maka selagi itulah kita tidak boleh masuk.

Kalau kita sebagai tetamu, kita hendaklah tidak berlama-lama kerana kita juga perlu memahami keadaan tuan rumah terutamanya tuan rumah yang bekerja dan memerlukan waktu rehat. Teruatamnya jika seorang isteri, pasti punyai banyak tanggungjawab untuk menguruskan rumah juga melayan suami dan anak-anak.

Pendek kata, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku kita ketika menziarahi saudara mara atau rakan-rakan dan sentiasa menghormati mereka. Jika kita mahu tetamu yang menziarahi kita sentiasa memahami keadaan dan menghormati kita, begitu juga dengan kita apabila menziarahi orang lain =)



Ok, itu aje..wassalam =)

RAsulullah bagi panduan bagaimana Jika Ibubapa kita sudah meninggal tapi kita masih belum sempat/cukup memohon ampun dari mereka?



Assalammu'alaikum wbt,

Dalam tazkirah oleh UStaz Abdul Halim , Imam 1 KAmpung Idaman Pelabuhan Klang, sebelum tarawikh malam 10 hb Ramadhan, Ustaz berkongsi ayat A;Quran dan satu hadis yang lebih kurang bermaksud:

"Janganlah kamu berkata 'Uffin" atau Ah! (maksud meninggi suara kepada ibubapa mu ketika mereka tua dalam jagaan mu, rendahkan dirimu dan berbuatlah baiklah kepada mereka, dan berdoalah ,Ya Allah ampuni ku dan kedua ibubapaku dan kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil" maksud AlQuran.

Maksud hadis lebihkurang: "Jika ibubapamu telah meninggal dan kamu masih ingin dan perlu memohon ampun dari mereka, maka perbuatlah olehmu solat sunat selepas maghrib 2 rakaat pada malam Juma'at. Pada rakaat pertama dan kedua selepas AlFAtihah maka bacalah ayatul Qursi, AlIkhlas (Qulhuwallah), dan Al Mawazzatain ( Al FAlaq dan An NAs) yang setiap satunya dibaca 5 kali.

Kemudian selepas salam bacalah Istighfar lafaznya Astaghfirullah al 'Azim atau Astaghfirullah al 'Azim allazi lailahailla huwal hayyulQayyum wa atubu ilaih" sebanyak 15 kali. Niatkan ku hadiahkan untuk kedua ibubapaku, nescaya ini memadai untuk tujuan memohon ampun untuk kedua ibubapamu."

Semoga Allah menerima ibadah kita dan diterima ampun bagi kedua ibu bapa kita, marilah kita bersama amalkan. Marilah juga kita sebar2kan.

Wallahu'aklam bissawwab. Jika salah silap harap diperbetulkan.

Wednesday, September 21, 2011

INGAT MENGINGATI






Rupa Kiamat - Bacalah, wahai sahabatku semua..kuatkan semangat untuk membacenye..


Taken from FB~~ @Buat Sahabat dan Teman~~ on Sunday, June 12, 2011 at 6:21pm

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.



✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :



① Sedekah/amal jariahnya.



② Doa anak²nya yang soleh.



③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.