Siapa kata kita boleh sesuka hati je gi redah dan masuk rumah orang? Semestinya termaktub perautan yang tersendiri..Dalam surah an-Nuur telah termaktub mengenai adab-adab apabila ingin menziarahi rumah seseorang. Saya pasti, sudah ramai yang tahu kita semestinya sebagai Muslim hendaklah memberi salam terlebih dahulu apabila tiba di hadapan rumah seseorang yang ingin dilawati/diziarahi.
Begitu juga dengan penggunaan loceng. Kini, banyak rumah yang menggunakan loceng bagi memudahkan tetamu kerana sesetengah rumah, jarak dari pagar ke rumah agak jauh. Maka oleh itu, loceng menjadi alat bantu untuk menghubungkan tetamu dan tuan rumah. Peraturan menggunakan loceng juga sama seperti memberi salam. Jika salam diberi sebanyak 3 kali dan tiada sebarang respon, maka pulanglah. Begitu juga dengan loceng. Jika loceng ditekan sebanyak 3 kali dan tiada sebarang respon, maka pulanglah.
Jika anda menziarahi rumah seseorang, pastikan anda tidak berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut. Kita hendaklah berada di sisi kanan atau kiri pintu tersebut. Ini adalah salah satu cara menghormati tuan rumah kerana berkemungkinan ketika tuan rumah menjenguk siapa yang berada di luar, tuan rumah dalam keadaan yang mengaibkan (mungkin tidak menutup aurat atau sebagainya). Bayangkan jika kita berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut, pasti tuan rumah atau kita sendiri yang malu. Ini juga untuk mengelakkan tuan rumah merasa rendah diri atau aib jika tetamu melihat rumahnya dalam keadaan bersepah-sepah atau tidak terurus. Selagi tuan rumah tidak memberi keizinan untuk masuk, maka selagi itulah kita tidak boleh masuk.
Kalau kita sebagai tetamu, kita hendaklah tidak berlama-lama kerana kita juga perlu memahami keadaan tuan rumah terutamanya tuan rumah yang bekerja dan memerlukan waktu rehat. Teruatamnya jika seorang isteri, pasti punyai banyak tanggungjawab untuk menguruskan rumah juga melayan suami dan anak-anak.
Pendek kata, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku kita ketika menziarahi saudara mara atau rakan-rakan dan sentiasa menghormati mereka. Jika kita mahu tetamu yang menziarahi kita sentiasa memahami keadaan dan menghormati kita, begitu juga dengan kita apabila menziarahi orang lain =)
Ok, itu aje..wassalam =)
No comments:
Post a Comment