Wednesday, June 30, 2010

JOM SIHAT


Pomegradine

Pomegranate Juice

Semulajadi . Sihat . Rasa

Pernah tak anda rasa jus delima. Ini lah satu-satunya jus delima asli yang jarang di temui.
Pomegradine Pomegranate Juice dari Azerbaijan adalah 100% jus semulajadi yang diekstrak daripada buah delima (Punica granatum) dan tinggi dalam vitamin C. Buah delima yang berasal dari kawasan sekitar Iran dan Himalaya di utara India telah lama dikenali dengan pelbagai kebaikan terhadap badan.
Jus delima mempunyai aktiviti antioksidan yang berkesan kerana mengandungi pelbagai jenis polifenol seperti elagitanin, galotanin, asid elagik dan flavonoid iaitu antosianin. Buah delima juga merupakan sumber kalium, nutrien minor dan beta-karotena (vitamin A) yang baik. Gabungan rasa jus yang manis dan masam membantu merangsangkan selera, manakala kandungan vitamin C menyumbang kepada penyerapan besi daripada makanan.

Sangat baik untuk kesihatan dengan rasa delima asli yang tidak pernah anda rasa sebelum ini. Jom sihat!!!