Tuesday, July 12, 2011

NISFU SYAABAN




Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amala
n kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

AYAT SERIBU DINAR




kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

INDAHNYA MAKAM NABI MUHAMMAD S.A.W.

Marilah kita berselawat ke atas Baginda Rasullullah S.A.W.

Ayat 54 Surah Sod- Untuk Murah Rezeki




"Inna haza larizquna maa lahu minn nafad" ertinya:

Sesunguhnya inilah rezeqi Kami(ALlAH) yg tidak akan baginya daripada habis

1) Amalkan dibaca ayat ini apabila masuk dan keluar duit.
2) Dipegang dan dibaca pada pokok buah, insyaAllah lebat berbuah.

Saturday, June 4, 2011

JOM MELANCONG LAGI...


JUN 2011 - OKT 2011 kempen melancong bermula lagi. Kali ini destinasi yang di tunggu-tunggu iaitu BELGIUM / AMSTERDEM / MENGERJAKAN UMRAH. Destinasi yang sangat indah dan penuh dengan keajaiban. Amsterdem adalah satu destinasi dimana daratnya adalah di bawah paras laut....(laut lebih tinggi dari daratan). Destinasi percuma yang anda semua tidak patut lepaskan. Jom sama-sama kita fight untuk ke destinasi indah ini....

mengerjakan umrah penuh keinsafan 2011

AMSTERDAM / BELGIUM.. KAMI DATANG LAGI...

kenangan indah semasa di BELGIUM 2008

suasana malam yang sangat indah



AMSTERDAM yang indah.... 2008



jom semua kita kesana bersama-sama!!!!

Saturday, March 5, 2011

JOM MELANCONG PERCUMA!!!!

AHLI JAWATANKUASA MASJID NAN JIN, BEIJING
Dari kiri berdiri : DSM Salmi (Biro Perancang Keluarga), DDM Faizal (Bilal 2), DSM Zaim(Biro Nikah Kawin), SSM Bini Khaidzir(Biro Sakit Pening Wanita), DSM Zul Azmi(Imam 1-bacaan khutbah versi melayu), DDM Jaf Rosli(Hal Ehwal Kebun Masjid), CDM Aidil(Juru Foto Masjid), CDM HJ Char(Biro Makan-makan Masjid)
Duduk Dari Kiri : DDM Nor(Biro Kelangsingan Wanita), CDM Kartini(Wakil Agama Islam Beijing), CDM Jalilah(Penceramah Bebas), DSM Dila(Biro Kesihatan Masjid)

Semua orang cerita tentang melancong.... terpanggil untuk kami pun cerita tentang melancong... gambar ni di ambil semasa melancong ke Beijing, China pada Mac 2010. Fuhhh..... turun jer kapal terbang di sambut dengan hamparan salji yang memutih.. Suhu pada masa itu adalah 4 oC... sejuk sungguh... sampai rasa nak beku pada masa itu. Di Beijing mmg banyak kenangan yang kami dapat. Antara yang paling hebat ialah mendaki tembok china. Mmg pada awalnya berkobar2 nak panjat tembok tu, tapi sampai 2 stage dah tak larat... hahahaha.. bergambor jer la.. Memang seronok melancong percuma ni, layanan yang diberi mmg tak sama walaupun kita melancong dgn duit sendiri... Jadi masih ada masa untuk anda semua fight untuk ke Hong Kong... jadi fight la bersungguh-sungguh dan jangan lepaskan peluang melancong bersama kami..
kenangan di stadium sarang burung
semua kesejukan!!
pendakian di tembok china

Sunday, February 27, 2011

MALAM BERLIAN YANG PENUH GEMILANG




Tahniah kpd semua penerima anugerah DSM dan DDM. Semoga penganugerahan ini memberikan lagi semangat dan perangsang untuk anda terus melangkah ke pangkat yang seterusnya sehingga ke pangkat CDM. Suntikan semangat daripada motivator hebat iaitu Prof. Tn Hj. Hanim juga banyak membantu untuk keyakinan anda semua untuk terus berjuang di dalam perniagaan ini... Tahniah!!! Tahniah!! Tahniah!!!

gruop selatan hebat!!! tahniah kerana hadir...


DDM JAF ROSLI DAN DSM SALMIAH pun turut hadir....

Tahniah untuk DDM Rozita Johari... Tahun ini pasti CDM!!!!

Tahniah kpd DDM NOR KAMISAH.. penerima anugerah DDM dan Tabung Kereta pd malam tersebut....


Teknologi terkini... DDM Nor tidak melepaskan peluang mencuba..



Tahniah juga kepada DDM Hasliza penerima anugerah DSM pada malam tersebut.....




cdm hj char dan pasangan juga turut memeriahkan mlm berlian ini.